Thursday, December 31, 2009

Takziah...

Guru Besar Sekolah Keb. Taman Bukit Indah, Puan Syaridah Bt. Mohd. Jarwis telah kembali ke Rahmatullah pada kira-kira pukul 12.30 malam tadi di HKL. Beliau diberitakan menghidapi sakit kanser.

Jenazah beliau akan disembahyangkan di Masjid Bukit Indah selapas solat Jumaat dan dikebumikan di Perkuburan Islam Taman Kosas.

Sementara itu Bekas Menteri Penerangan Malaysia, Tan Sri Mohamed Rahmat juga telah kembali ke Rahmatullah pagi ini di rumah beliau di Bukit Damansara.

Al-fatihah...

Tuesday, December 29, 2009

Fesyen Trojan Di Sini...

Ustaz Nazeri, Imam Masjid Kosas (Baru) telah membuka kedai gunting di Jalan Medan Bukit Indah 2...sederet dengan Balai Polis Taman Bukit Indah sejak 2 minggu yang lalu.

Sempena pembukaan sekolah sessi 2010 ini, Kedai Gunting Al-Munir menawarkan harga promosi bagi sebarang fesyen bagi semua lapisan umur. Jangan lepaskan peluang anda untuk mengubah rupa paras anda oleh salah
seorang tukang gunting Tiga Abdoel yang telah berhijrah ke Al-Munir.

Sama2 juga kita membantu sesama muslim...

Thursday, December 24, 2009

Khalid Cemerlang, Hj. Khasim Not Too Bad...

Seminggu yang lalu, teman melancarkan pungutan suara di blog utama kendalian teman, Kopitiam Bang Nan...

Keputusannya jelas menunjukkan rata2 pengundi amat berpuas hati dengan prestasi YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. Walaupun baru dalam arena politik tetapi gaya dan kesungguhannya mendapat pengiktirafan rakyat. 53% dari 230 orang pengundi menyatakan bahawa YAB Khalid cemerlang dan 36% baik.

Sementara YB Hj. Khasim pula... 66% mengiktiraf beliau sebagai YB yang cemerlang dan baik. Tidak jauh di hadapan ialah YB Zuraidah sebagai MP Ampang yang meraih 72% undian cemerlang dan baik.

Namun YB Dato' Hassan Ali agak ketinggalan. 46% pengundi memberi rating gagal dan gagal gila kepada beliau. Mungkin kontroversi yang diciptanya serta prestasi MAIS dan JAIS yang semakin merosot menarik populariti beliau ke bawah.

Wallahua'lam.

Friday, December 18, 2009

Wedding Of The Year...

Hari ni teman rasa bertuah sebab dipilih oleh YB Wan sebagai salah seorang saksi nikah puteri beliau yang selamat menjadi pengantin baru.

Bukan main bergaya lagi YB Wan dengan sekali lafaz telah berjaya menikahkan puteri beliau.

Majlis disempurnakan di Masjid Bukit Indah.

Selamat pengantin baru En. Fazreen dan Puan Nur Asyikin. Semoga kekal dan berbahagia hingga ke akhir hayat.

Di bawah ini adalah gambar2 sekitar majlis tersebut.



YB Wan sedang memberi kata dua kepada teman dan Pak Imam. "Sekali aje ya. Jangan banyak soal!!"


One for the album. Kalau jadi menteri jangan lupa teman...he he..

"Hmm...mana saksi nikah no 2 ni...kalau dalam askar dah kena dot dot dot ni...!!" YB Wan letih menunggu Major...



He he...hari ni aku jadi Raja..!!



Saksi no 2 yang berpeluh...pengantin rehat jer!!



Ustaz Ariff berkhutbah lagi...khutbah nikah.


Hai gelak sakan nampak...ngam betul dengan Pak Mertua ya??


Cuba teka apa Imam Ariff cakap tu?


Dengor baik2 yob. Jadi suami banyak tanggungjawabnya ya...

Tuesday, December 15, 2009

Masjid Bukit Indah, Ampang - 50 remaja sertai program Fuyyo!!

50 remaja sertai program Fuyyo!!


BUKIT INDAH- Sempena musim cuti sekolah, seramai 50 remaja sekitar Ampang menyertai Program Motivasi Friends, Unity, Enjoy, Explore (Fuyyo !!) yang berlangsung di Masjid Bukit Indah.

Eksekutif Pembangunan Remaja Dan Belia Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pusat, merangkap fasilator Program Motivasi Fuyyo !!, Mohd Hafiz Abdul Hamid, berkata, program julung kali ini melibatkan remaja berusia 13 hingga 17 tahun dengan tujuan mencapai objektif utama program.

“Objektif utama program adalah memantapkan matlamat remaja dan mencari identiti remaja. Di samping menerapkan nilai murni kepada remaja, program ini menerapkan rasa kepentingan iman dan taqwa dalam jiwa remaja, selain meningkatkan kesedaran terhadap masyarakat sekeliling,”

Tambahnya, fokus utama adalah mencari identiti diri remaja kerana pendapat beliau masalah sosial yang berlaku kini adalah kerana segelintir remaja masih mencari identiti diri, selain pengaruh keadaan sekeliling.

“Program sebegini, kesan positifnya adalah untuk jangka masa pendek, bagi mengekalkannya, program berterusan harus dilaksanakan disamping mendapat kerjasama pelbagai pihak,” katanya.

Menurutnya lagi program Fuyyo!! tersebut juga mendapat kerjasama ahli jawatankuasa Masjid Bukit Indah.

Pelbagai program menarik telah disusun oleh pihak penganjur, antaranya Xplore de Quran.

“Kami menyusun pelbagai aktiviti menarik secara ilmiah dan santai antaranya Xplore de Quran iaitu satu cara menarik minat golongan remaja mencintai al-Quran. Dalam program ini kami mengadakan aktviti kuiz yang mudah dari segi Matematik, Sains dan Sastera yang terkandung dalam al-Quran,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Muslimat Masjid Bukit Indah, Norakidah Awang Ahmad berkata, program yang mendapat kerjasama dari Kelab Remaja JIM itu merupakan kali pertama diadakan di Masjid Bukit Indah.

“Sebelum ini, ahli jawatankuasa masjid banyak menganjurkan program berbentuk motivasi dan sukan, namun sempena cuti sekolah ini, sedikit perbezaan telah dilakukan, di mana kami menjemput JIM bersama mengadakan Program Motivasi Fuyyo!!,” katanya.

“Saya berharap program motivasi sebegini diteruskan agar dapat membangunkan sahsiah dan kendiri remaja,” katanya.

Sunday, December 13, 2009

WARGA KOPITIAM DENGAN KARTUNIS PERAK DARUL KARTUN...

Malam tadi sebahagian warga Kopitiam Bang Nan menyerbu counter Zunar dan rakan2 yang sedang promote karya terbaru mereka, Perak Darul Kartun...Di bawah ini ialah gambar2 yang sempat dirakmkan.


Yeah...One for the album...



Labun Kulupsakah sedang sibuk menyain autograf peminat...




YB Pak Wan tidak ketinggalan. Itulah YB sebenar...di mana2 beliau ada.


Pak Usop jangan leka baca kartun. Nanti pintu masjid sapa nak bukak??



Jonos dan Zunar....


Pyan Habib menurunkan autograf...


Major dan MSY menunggu giliran...


Zunar dengan gayanya yang tersendiri...



MSY, Anasa dan Major gembira bersama kartunis...


Zunar melayan peminat...

LAWAN TETAP LAWAN...

Ini mungkin pengalaman sulong temanlah kot...he he..Majlis birthday ada tema. Lawan tetap lawan..

Begitulah alkisahnya majlis harijadi 2 orang anak Saudara Zainal Rashid...istimewa.

Ramai2 rakan2 yang dijemput dan meghadirkan diri. Makan sedap.

Istimewanya majlis ini bacaan doanya diketuai sendiri oleh Sdra. Zainal Rashid walaupun tok imam pun ada. Yalah...lebih barakahkan.

Lepas tu ada ucapan penaik semangat oleh Sdra. Zainal Rashid...he is very colourful...


Lawan tetap lawan...
Kalau..xxx.. jangan bicara tentang perjuangan...



Whatever it is...this is the true politician. He is colour blind...


Imam Zakipun ada...
OK bro...kalu ada makan2...jangan lupa jemput teman...Cheerio!!


Thursday, December 10, 2009

Mesti pergi yob!!

Pidato Khas 13 Disember: Antara Royalti dan Ihsan

ANTARA ROYALTI DAN IHSAN, SIAPA PENGKHIANAT BANGSA
Tarikh: 13 Disember 2009
Masa: 9 Malam
Tempat: Dewan serbaguna MPAJ AU5, Lembah Keramat Hulu Kelang
1 YB Dato' Husam Musa (Exco Kerajaan Kelantan)
2 YB Mohamed Azmin Ali (Naib Presiden keADILan & AP Gombak)
3 YB Dr Mohd Hatta Md Ramli (Bendahari Agong PAS Pusat)
4 YB Saari Sungib (ADUN Hulu Kelang)
5 YB Khalid Samad (AP Shah alam)


******************************
Oleh: Nazri Abdullah (HarakahDaily)

Satu majlis pidato khas berkaitan tuntutan royalti minyak Kelantan akan diadakan sebagai usaha berterusan mendesak kerajaan persekutuan mengembalikan hak rakyat negeri serambi Mekah itu.

Pidato rakyat bertajuk 'Antara Royalti dan Ihsan, Siapa Pengkhianat Bangsa' itu akan diadakan pada tarikh 13 Disember ini jam 9 malam bertempat di Dewan serbaguna MPAJ AU5, Lembah Keramat Hulu Kelang.

Ianya adalah inisiatif Pakatan Rakayat Gombak bagi menyemarakkan lagi kempen dan sebagai sokongan kepada kerajaan Kelantan untuk bersama-sama menutut rolti yang dinafikan kerajaan pusat.

Program tersebut bakal dibarisi individu penting berkaitan tuntutan royalti iaitu Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa bersama beberapa pemimpin pakatan lain.

Mereka termasuk Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli.

Program itu juga antara lain bagi memberi penjelasan dan perkembangan semasa usaha kerajaan Kelantan dan pakatan rakyat dalam tuntutan royalti tersebut.

Sehingga kini pelbagai usaha dilakukan kerajaan Kelantan dan pakatan rakyat bagi mendesak kerajaan pusat mengembalikan hak royalti kelantan dan bukanya sekadar wang ihsan.

Terbaru, Kelantan akan mengusahakannya melalui saluran undang undang setelah melihat jalan rundingan dengan pusat mememui jalan buntu.

Manakala ahli parlimen pakatan rakyat pula akan mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas kepada Dewan Rakyat bagi membincangkan perjanjian petroleum yang dimetrai oleh semua negeri pengeluar petroleum dengan pihak Petronas.

Selain itu, pelbagai pihak sama ada individu mahupun kumpulan sudah menyatakan sokongan untuk bersama Kelantan memperjuangkan hak rakyat negeri itu.

Ianya termasuk bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaliegh Hamzah yang mahu kerajaan tidak membelakangkan undang-undang dengan mematuhi dan menghormati kontrak perjanjian antara Kelantan dengan Petronas.

Bagi pihak penganjur program
-Pejabat YB Khalid Samad-

Wednesday, December 9, 2009

Bicara Bersama YB Wan


Transkrip penuh temuramah antara YB Wan dengan wartawan Bukit Indah Evening News (BIEN)

BIEN: YB pandai berbahasa Inggeris?

YB Wan: Saya OK, fluent English. Dulu, sewaktu saya di Paris, saya biasa baca One Night in Paris tapi sekarang ini, saya baca akhbar Harakah dan Sinar sahaja, rugi betullah.

BIEN: Saya diberitahu YB fasih dalam berjenis-jenis bahasa.

YB Wan: Saya fasih Bahasa Arab, Bahasa Urdu. Loghat Kelantan sikit-sikit.

BIEN: Boleh beritahu sedikit latar belakang YB?

YB Wan: Rumah saya sekarang di Okid. Insya’Allah dalam sebulan dua lagi saya akan berpindah ke Kosas. Saya asal dari Tumpat, Kelantan

Keluarga saya adalah keluarga guru agama dan juga puak tani, suka menanam pokok-pokok, buat kebun sendiri dan orang tua, bapa saya ini yang beri semangat, jangan bergantung rezeki pada orang lain.

Orang tua saya sendiri tanam kebun getah, ada kebun rambutan, kebun durian. Dia cukup marah kalau hanya bergantung pada sedekah. Sedekah tahu tak? Derma. Dia cukup marah.

Dia juga minat dengan berniaga. Dia minat dengan berkebun. Sampai sekarang pun, saya dekat dengan tani, petang-petang saya tanam pokok dulu.

Sekarang ini, pokok durian saya tanam, pokok kelapa saya tanam, pokok pisang saya tanam, semua boleh berbuah semua boleh makan. Tapi sekarang anak-anak saya buat kerja tu semua. Saya tak laratlah. Mana nak jaga kawasan dan nak layan rakan-rakan di kopitiam tu.?

BIEN: Masa muda YB Wan kerja apa?

YB Wan: Saya join navy dulu. Puaslah merantau ke seluruh dunia. Mana saya tak pergi masa dalam servis dulu? Monaco, Paris, New Zealand, Jepun, Korea…pendek kata puas saya berjalan. Banyak pengalaman saya timba. Kalau setakat budak-budak sekarang ni saya tak heran langsunglah.

Lama juga saya dalam servis dulu. Lebih 25 tahun

BIEN: Lepas keluar servis?

YB Wan: Oh lepas tu saya menceburkan diri dalam perniagaan. Mula-mula tu nak supply kapal selam kepada kerajaan Malaysia. Tapi faham2 sajalah ya. Bila Razak Baginda dan Altantuya masuk campur, saya dah hilang interest.

Lepas tu saya berniaga kedai makan di KLCC. Tapi biasalah KLCC…pantang nampak bisnes kita berjaya sikit, managementpun naikkan kadar sewa. Bayangkan dengan keluasan 100 kaki persegi saya kena bayar sewa RM15,000.00 sebulan. Tauke balakpun pengsan.

Saya beralih arah kepada bisnes operator kantin. Alhamdulillah saya kekal dengan bisnes tersebut.

BIEN: Bagaimana dengan keluarga YB Wan?

YB Wan: Adik-beradik 10 orang. Adik-beradik saya ramai.

Semasa remaja habiskan masa saya untuk belajar. Orang tua saya ini, di samping dia pergi berkebun, dia bawa saya pergi sama, pagi-pagi belajar buku dulu, belajar kitab dulu. Awal pagi dia kejut saya sembahyang subuh, baca Quran, terjemah Quran. Kemana pergi pun dia bawa saya bukan untuk buat kerja tapi untuk mengaji dengan dia.

Kerja sikit-sikit tapi belajar banyak, dia suruh saya hafal syair-syair dari Bahasa Arab bagi perkukuhkan Bahasa Arab dan saya ini sekarang sedang menikmati kesan yang ditinggalkan oleh orang tua saya iaitu dalam kepala saya banyak ingat ayat-ayat
Quran yang menyebabkan dalam ucapan-ucapan saya selalu selit dengan pantun-pantun Bahasa Arab, ayat-ayat Quran dan hadith-hadith.

BIEN: YB rasa tunjuk-ajar sedemikian tidak lagi dilakukan oleh ibu-bapa?

YB Wan: Betul. Ibu-bapa dulu mementingkan akhlak anak-anak. Cukup jaga akhlak anak-anak. Ibu-bapa sekarang umumnya turut arus. Kalau kerajaan suruh belajar, belajar. Kalau kerajaan suruh tinggi akademik, tinggi akademik. Akhlak hampir tidak
dipedulikan langsung. Ini sungguh mendukacitakan.

Hasilnya, sekarang ini kita dapat lihat, anak-anak, belia-belia yang 20 tahun dahulu tidak dipedulikan akhlak dalam sukatan pelajaran dan 20 tahun orang Melayu sudah mengenepikan tulisan Jawi, sekarang kita sudah boleh tengok, anak-anak sudah tidak boleh baca kitab agama, tidak boleh baca Quran.

Dan sekarang ini sudah menjadi bebanan keatas kerajaan membelanjakan wang begitu banyak untuk jaga belia-belia yang sudah (ketagih) dadah dan sebagainya kerana agama mengajar kita bahawa semua gerak geri kita di muka dunia ini, kesannya dapat dilihat pada hari akhirat nanti, the last day. Tekanan dari pelajaran ini dulu kuat. Sekarang tekanan itu sudah tidak ada.

BIEN: Apakah yang mendorong YB Wan untuk berkecimpung dalam politik?

YB Wan: Puncanya begini. Bila saya pencen TLDM pada tahun 1995, saya menjadi peniaga. Tahun 1998 ini, keganasan Parti UMNO terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim amat mendukacitaka. Semua orang yang menentang kerajaan habis ditangkap.

Kerja ini bercanggah sekali-kali dengan Islam. Ia tidak pernah berunding dengan orang ini, tidak pernah ajak muzakarah.Tangkap, siksa dan sumbat dalam penjara, sebahagiannya dalam ISA terus.

Ramai ahli politik pembangkang kena ISA di Kemunting. Saya perhati ini perbuatan tak betul. Saya tak kata apa, Cuma ucapan-ucapan saya pada tiap-tiap malam, cara Islam.

Masyarakat bila dia dengar, anggap saya ini orang PAS kerana ucapan saya, kata mereka, mirip dengan PAS. Saya tidak menjadi orang PAS tapi penonton dengar dan kata "Dia ni orang PAS." Bila berlaku kematian seorang wakil rakyat, wakil parlimen
Bukit Indah. Bila mati hamba Allah ini, tahu-tahu saya dipilih menjadi calun.

Saya tengah berniaga di KLCC datang wakil penduduk Bukit Indah, Mee Panjang kata "Pak Wa, Dato’ Hassan minta Pak Wan pergi ke rumah dia sekarang."

Saya kata "Pasal apa?" "Entahlah" kata dia, "Orang ramai tengah tunggu Pak Wan."

Saya pun berhenti daripada berniaga , terus pergi kerumah Dato; Hassan,tahu-tahu, ahli jawatankuasa agung PAS datang dan mesyuarat sini, memilih calun baru untuk mengganti Allahyarham wakil rakyat yang mati itu.

Jadi Dato’ Hassan kata, "Pak Wan, kami buat keputusan supaya Pak Wan menjadi calun."

Mulai daripada situlah, saya menjadi orang PAS. Jadi ahli PAS tiga hari sebelum daripada menjadi calun, tahun 1998. Kalau tak silap saya bulan sepuluh (Oktober). Mulai dari situlah saya menjadi orang PAS dan berkempen menjadi calun dan saya menang.

Mulai dari situlah sampai hari ini saya tak berhenti-henti jadi wakil rakyat, apa boleh buat, nasib saya. Itu cerita saya, bukan saya masuk PAS tapi dimasukkan saya dalam PAS dan saya setuju.

BIEN: Sebab?

YB Wan: Saya setuju sebab PAS memperjuangkan Islam. Islam ini menjadi agama yang dibawa oleh nabi-nabi. Sejak daripada Nabi Muhammad naik ke Nabi Isa, naik ke Nabi Musa terus. Semua nabi-nabi bawa Islam.

Kita sebagai orang Islam, Melayu baik Cina baik India baik mana-manapun, mesti jaga Islam. Melayu tak payah dijaga kerana Melayu ini, jaga pun Melayu, tak jaga pun Melayu.

Bangsa Melayu serupa juga bangsa Cina, orang jaga bangsa ini tak betul. Kita jaga benda yang boleh jadi hilang, barulah kita perlu jaga.

Bangsa Melayu, dia tidak akan hilang. Bangsa Cina pun dia tidak akan hilang. Bangsa eskimo, bangsa asli pun dia tidak akan hilang. Perlu apa kita jaga?

Yang jaga ini ialah benda yang boleh jadi hilang. Islam ini boleh jadi hilang. (agama) Kristian boleh jadi h! ilang, (agama) Yahudi boleh jadi hilang. Hak ini yang kita kena jaga.

Bila jaga Islam, Melayu juga terjaga sama, Cina juga terjaga sama, India juga terjaga sama kerana Islam mengajar bahawa Melayu, Cina, India, seluruh manusia dunia ini hanya daripada seorang bapa. Bapa orang Melayu Adam, bapa orang Cina juga Adam, bapa orang Inggeris juga Adam. Jadi ia (Islam) satu ajaran yang cukup baik, ajaran yang penuh dengan perpaduan.

Bila bapa kita satu, ibu kita pun satu, ertinya kita ini adik-beradik. Cumanya dua pupu, seribu pupu, sepuluh ribu pupu tapi darah manusia semuanya satu dari Adam waalaisalam.

Satu ajaran yang cukup penuh dengan keamanan, dan kesaudaraan. Melayu walau bagaimana miskinpun Melayu, bagaimana kuruspun Melayu. Cina juga, kurus pun Cina, gemuk pun Cina, kecil pun Cina, tua pun Cina, tak perlu dijaga. Bangsa tak perlu dijaga.

(kita sambung bahagian kedua bila YB Pak Wan free)
-Transkrip asal ialah temuramah The Star dengan TGNA dengan sedikit pindaan. Ini semua gara2 YB Wan memang peminat setia TGNA. Kalau Alif kata TGNA Alif lah kata YB Wan. Kalau Ba...ba lah..

Sunday, November 29, 2009

Gambar Sekitar Ibadah Korban di Ulul Azmi

3 ekor lembu telah dikorbankan. Lebih 100 ahli kariah Surau Ulul Azmi turun padang yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi, Saudara Mohd. Noh Nasira. Kecil besar, tua muda, lelaki perempuan, Malaysia Bangla...sama-sama berkerja keras. Alhamdulillah...semua selesai jam 11.00 pagi.


Tukang sembelih jemputan, Hj. A. Rahim dari Surau Al-Ikhlas menyempurnakan penyembelihan.


Seronok duduk atas lembu yang sedang disembelih...


Allahuakbar..Allahuakbar...Allahuakbar


Sedang mencari daging batang pinang??

Mengerjakan tulang temulang...
Ini apa hal pulak? Tengah bincang nak buat apa tang kepala..


Mak mak Datin seronok panggang daging korban...


Hmmm...siap dah boleh makan dah...

Aik...buat apa yu YB?


Malam karang kita pekena sop gear box pulak...

Sehari dalam hidup YB...

Penat sungguh jadi YB rupanye. Sehari suntuk tanpa mengira masa YB sentiasa sibuk. Begitulah kehidupan YB Wan... bekas model Giorgio Armani yang berasal dari Kelantan. Kacak dan bergaya....

Ketika semua umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha, YB Wan terus menyusun langkah untuk memastikan Apartment Okid sentiasa maju dan ke hadapan dari segi pembangunan.

Satu aspek yang menjadi tarikan kepada YB Wan ialah beliau sentiasa ringan tulang dan serba boleh...cuba perhatikan aktiviti beliau sepanjang hari pada Hari Raya yang lalu....


Pagi - Membuat persediaan untuk bakar daging korban...


Tengahari - Merasmikan tanah kubor Lembu korban...


Malam - Tidak putus asa walaupun diusir dari Surau Ulul Azmi kerana cuba menyampaikan kuliah tanpa tauliah...
Whatever it is....he is the best. YB Wan is the best..!! Hidup YB Wan...

Sunday, November 22, 2009

Penggali kubor with "MJ Glove...!"

Penggali kubor with MJ Glove...
Tanah kosong di sebelah Surau Ulul Azmi telahpun secara rasminya diconvert sebagai tapak kubor. Pada hari sabtu yang lalu, lubang kubor yang pertama telahpun digali dengan penuh gilang gemilang.
Upacara perasmian tanah kubor tersebut telah disempurnakan oleh YB Okid, Pak Wan (memandangkan YB Khasim dah berangkat ke Mekah)...
Sementara penggali kubor yang resmi juga telah dilantik dan membuktikan kebolehannya yang tiada tolok banding...

Perkara yang sukar jadi mudah dengan kepakaran beliau...mungkin sebab pakai "MJ Glove" kot?
Namun kubor ini hanya akan digunakan pada hari Sabtu akan datang sempena ibadah korban yang dianjurkan oleh Surau Ulul Azmi.
Khabonye sebanyak 3 ekor lembu akan dikorbankan. Makanya lubang "kubor" ini ialah untuk menkebumikan perut lembu2 tersebut...
Sesiapa yang berkelapangan...silalah ke Surau ulul Azmi pada hari Sabtu akan datang untuk menyempurnakan ibadah tersebut. Wallahu'alam....

Friday, November 20, 2009

Bukit Indah perlu tubuhkan persatuan penduduk yang baru??

Sambil menikmati hidangan istimewa roti bakar + kaya + gula…(ya + gula) dan teh “O” gelas besar di Kopitiam Bang Nan, teman dan rakan2 berbincang untuk menubuhkan persatuan penduduk…

“Dah ada dah persatuan penduduk di Bukit Indah ni yob…!!” Mee Panjang bersuara…

“Bior betul mengkome…tak pernah teman dengopun..kalau ada sapa pengerusinye…apa aktivitinye…apa sumbangannye??” Panjang si Tahir berletior…

“Ada yob…Rahman DBKL tu ketua nye. Dia dulu AJK masjid…Yang teman ingat ada sekali dia buat aktiviti…lepas tu senyap!!” Telah Mie Panjang.

“Eh bukan ke Zainal kata dia ketuanye sekaghang…Ghamei oghang khabo macam tu…!” Razak pulak mencelah…

“Zainal tu dia Pengerusi Jawatankuasa Bertindak masa projek Tiara Intan dulu..La ni dah tak da kot!!” MSY pulak menyampuk…

“Alah yob…kita buat lainlah. Payah sangat. Ada sapa2 boleh pergi ROS?” Teman membuat usul…

“Kalu dah ada Persatuan Penduduk Bukit Indah…tapi tak buat apa2…baik kita buat lain. Teman setuju dengan cadangan miker tu. Kita lantik Md. Noh dengan Syed Salim terajui persatuan ni…Kita nak namakan apa ya?” Pak Wan memberi cadangan..

“Teman rasa kalu tak buat AGM dia akan kena strike-out by ROS…Ok minggu depan MSY kena pergi ROS. Miker check betul2…kalu tak ada…cepat2 kita tubuhkan satu persatuan baru. Apa macam?” Teman saja nak tau respon semua…

“OKkkk!!” Hmm sebulat suara semua setuju.

“Baguihlah tu…kalu nak harap masjidpun susah nak buat aktiviti kat kawasan kita ni. Belum2 itu tak buleh ini tak buleh…situ haram sini makruh…Kita take over peranan masjid dalam isu pembangunan kawasan ni.!” Hmm marah Nampak pemuda kita ni…

“Oii miker orang masjidpun cakap macam ni?? Kalau dengar orang kawasan ni kena pancung ni!!” Pak Wan berseloroh…

“Ahh teman peduli apa? Betul tak SU?” Sang pemuda meluahkan perasaan…

“Susah-susah kita angkat kaki ajer…bior le demer semua buat kerghoje. Kita concentrate kat persatuan ni…apa macam? Teman ingat lebih successful lah kot? Kita kat situ jadi duri dalam daging demer buat apa?” Teman memberi approval..

“Cantik yobb!!!!”

Thursday, November 19, 2009

Agenda perubahan PAS. Apakah ianya hanya retorik?

Tak taulah apakah agenda perubahan yang hendak dibawa oleh kita semua ni. Ramai yang bercakap sekarang ni tak ada beza kita dengan Umno.

Kadang2 nak buat pembangunan dalam parti kita lagi payah. Belum-belum dah bercerita pasal buruk yang bakal menimpa. Itu tak boleh ini tak boleh. Akhirnya kita tak payah buat apa-apa. Biarlah kekal status quo.

Kita kata kita nak jadi pemimpin tetapi buat kerja separuh jalan.

Naib Presiden: Kritikan dalaman PAS ‘melampau’ sampai lupa musuh


KUALA LUMPUR, Nov 20 — Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kini sudah terdapat unsur-unsur pihak luar "menyelinap masuk" ke dalam parti itu untuk mencetuskan isu-isu dalaman, yang dipercayai berjaya mengalihkan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Oleh itu, kata beliau, ahli parti itu di semua peringkat hanya "bergelut" sis-sia untuk menyelesaikan isu-isu tidak berbaloi yang dicetuskan oleh musuh-musuh PAS.

Bagaimanapun beliau tidak menamakan siapa musuh yang dimaksudkan itu.

"Jadi itu yang saya timbulkan ada usaha untuk musuh menyelinap masuk di kalangan kita dan mencampakkan idea dan kita pun penat bergelut sesama kita.

"Dalam PAS ada dan dalam DAP pun ada," kata beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS sambil menambah, kepimpinan parti itu menghabiskan masa dengan cuba menyelesaikan isu-isu yang sengaja dicetuskan.

Awal bulan ini PAS telah mengadakan seminar politik sebagai ganti kepada Muktamar Agung Luar Biasa yang disyorkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membersihkan beberapa pemimpin kanan parti itu.

Nik Aziz pula kini berhadapan dengan isu pengurusan Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan tajaan buat beliau mengerjakan haji.

"Saya fikir begini, kita habis masa, tenaga dan wang ringgit kita habiskan kepada isu-isu yang berlaku ini meletihkan kita dalam perjuangan," kata Tuan Ibrahim.

Justeru Tuan Ibrahim berkata, mulai sekarang pemimpin-pemimpin PAS perlu memberi perhatian terhadap agenda perubahan iaitu masa depan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Apa persiapan kita? Saya bimbang kadang-kadang kerana kita berbincang dan kritik sama-sama kita, kita gagal memberi tumpuan kepada soal-soal asas pilihan raya ini.

"Sebagai contoh daftar pemilih, soal pengundi, jentera dan sebagainya. Ini benda-benda asas, kalau kita gagal beri perhatian nanti dia akan merosakkan tumpuan kita," kata beliau dalam temu bual dengan Sidangonline.

Tuan Ibrahim kini berada di Mekah untuk menunaikan haji.

"Sebenarnya isu ini isu mereka, perpecahan dalam Umno, MIC, MCA, PPP tapi isunya ... sepatutnya kita tidak habiskan masa yang panjang dalam isu ini.

"Mudah-mudahan tidak ada lagi selepas ini kenyataan-kenyataan yang membuatkan ahli kita rasa letih dan kepimpinan kita habis tenaga kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Jadi sebab itu kita tidak punya masa yang panjang," katanya lagi.

Dalam temu bual itu, Tuan Ibrahim juga berkata, beliau "cukup bimbang dalam konteks parti" ekoran wujudnya elemen-elemen berpuak di kalangan ahli dan pemimpin.

"Saya harapkan supaya ahli-ahli parti tidak cuba mewujudkan kelompok atau kumpulan dalam parti. Kita boleh berbeza pendapat tetapi kita kena menghargai nilai-nilai akhlak jamaah kita kena utamakan nilai-nilai akhlak berjamaah.

"Kita tegur, kita kritik sahabat kadang-kadang 'over' sangat, lebih daripada kita kritik musuh kita.

"Apa pun kita kita kena muliakan sahabat mungkin kerana usianya, kedudukannya... jadi perkara-perkara itu perlu kita hargai," kata Tuan Ibrahim.

Mengambil kira pendekatan Islam, tegas beliau, ada etika dan adab yang mesti dipatuhi oleh semua ahli parti.

"Jadi jangan kerana kita tidak bersetuju dengan sekumpulan lalu kita membelakangi akhlak-akhlak berjamaah," kata Tuan Ibrahim lagi sambil menambah, "jadi saya fikir mungkin parti juga kena lihat supaya banyakkan majlis-majlis yang bersifat lebih merapatkan ukhuwah."

Mengenai Jawatankuasa Disiplin, Tuan Ibrahim menjelaskan ia perlu diperkasakan sehingga menjadi satu badan dalam parti yang dihormati oleh ahli-ahli.

"Hingga setakat ini alhamdulillah, beberapa kes kita buat kenyataan baru-baru ini boleh reda. Sikap hormat ahli itu ada.

"Sebagai contoh bila kes kerajaan perpaduan... bila saya arahkan supaya semua diam dan minta jangan dibangkitkan sebarang kenyataan kontroversi, semua diam," katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, pihaknya sedang memantau beberapa orang yang dikaitkan dengan kes ini kerana dianggap boleh mengganggu siasatan.

Semuanya hanya mimpi...

Kopitiam milik Bang Nan sudah jauh berubah. Meja-meja sudah jauh lebih antik. Tiada lagi gelas2 plastik. Semuanya sudah diganti dengan cawan ceramic (made in China). Ada motor vespa buruk ala-ala A. Mamud dalam komik Gila2 di sudut kanan…Di sudut kiri gambar P. Ramlee tengah bermain gitar kapok..

Teman duduk di sudut kiri meja…sayup-sayup dimainkan tiupan …tak tau teman..antara sexophone atau clarinet…yang pasti teman tau pemuzik itu…Kenny G dengan lagu Songbird nya…Wah hebat betul Bang Nan.. genre nya sudah berubah? Adakah gara-gara sudah dapat cucu si Datuk ini??? Dah tak de lagi lagu…”tidurlah permaisuri” dendangan Jamal Abdilah…

“Minumnya apa Mas?” Alamak…Bang Nan dah pakai minah Indon. Manis sekali nona ini sekali pandang. persis Kriss Dayanti..hmm sudah jadi janda dia.

“Hmm apa yang ada ning?” Teman terketar2 menanya…

“Macam2 ada Mas…ini menunya..!!” Sambil tersenyum minah Indon ni menyuakan menunya..

“Wa..sudah agak lama saya tidak mampir..!!” Jawab teman tergagap2…

“Nggak apa la kok…Mas bisa saja ambil waktu..Bila sudah ready..ya dipanggil saja saya..permisi Mas!” Sopan santun giler pekerja Bang Nan ni…

Sementara teman membelek menu tu mata teman memandang sekeliling…hmm ramai juga budak2 datang ke sini. Sorang dua aje yang teman kenal. 90% dengan laptop masing2. Masing2 asyik dengan dunia masing…ada sign Free WiFi di sini…Wah canggih juga Bang Nan ni…sejak bila orang tua ni tau semua ni.

Dari jauh…sayup-sayup teman terdengar suara ni…

“Bang Nan…kacang Pagoda satu…kelapa sebiji..Utusan Malaysia ada? He he”!” Derai tawa macam teman pernah dengar…

Teman mengintai-ngintai di celah-celah tingkap kaca…ohh masih beroperasi rupanya kedai runcit Bang Nan ni..Hmm Major rupanya. Suara masih kuat macam biasa…Cuma rambut sudah putih semua. Muka masih ceria macam biasa…Hmm malas lah teman nak kacau dia tengah sibuk rancak berbual dengan Bang Nan. Nanti sekejap ni baru teman bercadang nak panggil ajak minum…

“Ning!” Teman memanggil pekerja Bang Nan yang ada iras2 Kriss Dayanti tu…

“Ya Mas…sudah sedia..?!” Tersenyum simpul saja minah Indon ni…

“Saya sentiasa sedia ning..he he..Minum nya cham panas gelas besar….makannya baguette bakar letak mentega dan kaya…telur ayam kampong separuh masak 2 biji…!” Panjang order teman..

“30 menit Mas..!” Gamit si minah Indon itu…

“Wah! Kok lama bangat ning?” Teman terkejut…

“Airnya perlu dimasak dulu Mas!!” Hmm..tak banyak berubah modus operandinya ya…he he. Ini semua facelift belaka rupanya…

Tiba-tiba teman ternampak Major nak balik…

“Oii Major…Mailah minum dulu!!” Teman berteriak…

Major buat tak tau ajer…dia terus berjalan tanpa pandang ke belakang…toleh kat teman pun idak…

“Eh..kenapa pulak orang tua ni? Masih merajuk lagi ke kat teman?” Teman tertanya-tanya…Hmm mungkin pendengaran dia dah kurang kot? Dia bercakappun bertambah tinggi volume nya…tak palah..

Tak lama lepas tu Mee Panjang datang…

“Hoi yob…bila sampai?” Biasalah dia dengan kereta Chery nya…Nampak macam dah berkarat sport rim kereta kesayangan dia tu…

“Baru sampai…mailah duduk sini…!!” Teman mempersilakan…

“Apa dah jadi Major tu?? Aku panggil dia buat tak tau aje…dia ada masalah pendengaran ke sekarang?” Macam2 soalan teman tanya si Mee Panjang…

“Haaaaaa tu lah engkau yob. Lama tak datang sini…Pangkat dia dah naik sekarang. Sekarang Lt. Kol…engkau panggil dia Major mana dia nak pandang…askar yob!!”” Kurang asam punya Major opps Lt. Kol…

“Hmm orderlah Mee apa nak minum…!!” Teman pelawa..

“Ning…teh O tanpa gula satu…telur 10 biji ¾ masak…kacang 1 karung!!” Apa punya kelas…Kopitiam makan kacang…he he

“Ai minum teh O aje? Mintaklah teh tarik ke pa mende ke? Dulu semua tak de…sekarang apa yang tak terfikirpun ada dah yob..!!” Teman saja umpan…

“Mana buleh minum teh tarik? Kolesterol tinggi…!” Selamba ajer muka Mee Panjang..

“Abis tu yang miker tala 10 biji telur ¾ masak tu amende?” Chengei teman mengusik…

“Telor tu bukan teman makan…kan teman ni “membela!” Hmm ada hantu raya ghupenye mamat ni…

“YB macam mana?” Teman bertanya…

“Macam biasa!!” Ringkas aje Mee menjawab…

“Ye ler…Macam biasa tu macam mana?” Teman curious…

“Ahh.. tak kan tak biasa yob? Dah habis 1 penggal…selesa dah yob!! Dengar2 nak bertanding satu penggal lagi!!” Muka Mee Penjang nampak macam boring ajer…

“Tak kan lah YB Khasim macam tu?” Teman seolah2 tak percaya..

“Eh miker ni ketinggalan zaman lah yob? YB Dato’ MSY…diakan Pengerusi Cawangan DAP Melayu sini…Dulu masa YB Khasim dia bising…la ni dia jadi YB..pun sama jugak…Masalah lama tak selesai…” Panjang leter Mee Panjang…

Tiba-tiba…

“Assalamualaikum…!!” Nyaring suara dari belakang…Pak Wan datang sambil mendokong seorang anak kecil…

“Waalaikum salam…!! Hai ada anak kecik lagi ke?” Teman mengusik…

“Ehhh tak delah…cucu ni!!” Tersenyum memanjang Pak Wan…

Hmmm…pelik betul…setau teman Pak Wan baru nak menantu…teman bermimpi ke?

Si ning minah Indon tu tersenyum simpul membawa pesanan teman… cham panas gelas besar….makannya baguette bakar letak mentega dan kaya…telur ayam kampong separuh masak 2 biji ..

“Wowww…sedapnya!!” Sambil tangan teman baru nak memegang dot dot dot…tiba-tiba..

“Yahh yahhh…bangun dah nak masuk subuh…!!” Sayup2 suara orang rumah teman….

Ohhh teman bermimpi ghupenye…Tak sempat makan baguette bakaq le geyenye…

Wednesday, November 18, 2009

Cadangan pembinaan dewan serbaguna di Taman Bukit Indah.

Malam tadi telah berlangsung satu sidang yang dipengerusikan sebahagiannya oleh Tim. Nazir MBI dan sebahagian lagi disambung oleh Tuan nazir, Ustaz Shukri bagi tujuan di atas.

Masjid sekodor mengambil inisiatif untuk explore sebarang peluang untuk membangunkan kawasan kosong yang direservekan sebagai kawasan keselamatan dan kawasan lapang di dalam Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2020.

Keputusan yang diambil ialah untuk mengemukakan bantahan dan cadangan alternatif kepada pihak MPAJ. Borang bantahan akan dihantar kepada pihak yang beranggungjawab berserta dengan memorandum penduduk sebelum 2 Disember, 2009.

Walaupun ada sedikit pencaganggahan pendapat di dalam perlaksanaan cadangan ini namun ianya adalah perkara biasa yang akan diselesaikan secara mesyuarah. Insya'Allah.

Terimakasih kepada wakil2 surau di dalam kariah Bukit Indah yang sudi meluangkan masa yang amat berharga bagi mereka untuk memperjuangkan kepentingan dan keperluan penduduk.

Terimakasih juga kepada Tuan Hj. Mohd. Noh Nasira yang memberikan input menarik dari segi undang-undang. Tidak ketinggalan Saudara Mohd. Kamal Rasip seorang konsultan bagi program development, Tuan Syed Salim, seorang jurutera dari Surau At-Tarbiyyah dan wakil2 surau yang lain.

Mesyuarat yang akan datang akan disertai penglibatan YB Khasim, YB Zuraida dan Hj. A. Aziz (JKP Zon 11/Ahli Majlis MPAJ).

Monday, November 16, 2009

Pembangunan Masjid.

Satu mesyuarat khusus untuk membicangkan cadangan pembangunan tanah kosong berhampiran dengan Masjid Bukit Indah akan diadakan pada malam esok (18.11.09) selepas Isya' di bilik mesyuarat Masjid Bukit Indah.
Mesyuarat akan dipengerusikan oleh Tuan Nazir, Al-Fadhil Ustaz Shukri Bin Harun dan dihadiri oleh Timbalan Nazir, Setiausaha, beberapa orang AJK masjid dan wakil-wakil surau di bawah kariah Masjid Bukit Indah.
Mesyuarat akan berdasarkan kepada Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2020 yang mana dua tanah kosong seluas 12141 m2 dan 13005 m2 tiap-tiap satu telah direservekan untuk pembinaan sekolah agama dan balai polis.
Tuan-tuan yang berminat dan berkesempatan juga adalah dialu-alukan untuk hadir dan sama-sama memberi input dan cadangan.

Sunday, November 15, 2009

Tak ada tanda Halal...

Baru2 ini ketika membeli barang2 dapur di sebuah supermarket, anak teman si Iman menegur teman kerana membeli telur tanpa jenama halal.

Susah jugak nak explain kat budak ni. Satu benda kita jawab dia tanya soalan lain.

Lepas telur...beras. Lepas beras...gula. Semuanya tak da tanda halal JAKIM. Nak tergelakpun ada. Lama juga nak convince dia...


Bila tiba di kedai restoran india depan Caltex tu...ada ketika dia tanya ...

"Kenapa ayah tak pernah bawak Iman makan kat situ?"

Teman jawablah..."Kedai tu bukan kedai makanan orang Islam."

Dia tanya lagi..."Kalau bukan kedai makanan Islam, kenapa orang melayu ramai makan kat situ?'

"Mungkin sebab dia orang tak tau kot?" Jawab teman lagi...


"Kalau dia tak tau...kenapa ayah tak bagi tau?" Alamak...

"Nantilah...ayah mintak Ustaz Shukri umumkan kat masjid...!!" Jawab teman.

"Mungkin dia letak tanda halal kot yah...??" Iman mencadangkan jawapan.

"Hmm...mungkin jugak...!!" Rasa lega si kecik ni masih istiqamah dengan tanda halalnya.

Ada baiknya juga kita memberitahu masyarakat islam agar tidak mendekati kedai makan itu..

(gambar2 adalah hanya sekodor hiasan)