Tuesday, November 10, 2009

Nik Aziz Tetap Popular Di Bukit Indah



Sebagaimana kajian Dr. Abu Hassan yang telah didedahkan dalam seminar Khas yang berlangsung pada hari Sabtu yang lalu @ 7hb. November, 2009, Tuan Guru Nik Aziz masih menjadi pilihan utama penduduk Bukit Indah dari segi populariti untuk menerajui hala tuju PAS pada masa kini dan akan datang.

Selaras dengan itu usaha menjemput Tuan Guru untuk menyampaikan amanatnya di sini sedang giat dilakukan. Ketua Kampong, Tuan MSY dalam satu sidang akhbarnya di Kopitiam Bang Nan sebentar tadi telah menggariskan langkah-langkah yang akan diambil bagi menjadikan ini sebagai realiti.

Beliau secara tegas telah memaklumkan bahawa kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz akan dipertahankan walaupun apa sekalipun cabarannya.

"Kita akan tubuh kawasan pilihanraya sendiri, kalau perlu!" Katanya.

2 comments:

  1. Ust Azizan Menteri Besar Kedah
    Orangnya tegas tetapi tetap penyayang
    Tahniah untuk blog bukit indah
    Teruskan usaha untuk jadi YB akan datang

    Jawab yob.

    MaM

    ReplyDelete
  2. Orang politik lidah bercabang
    hidung kembang rambutnya cacang
    dapat PhD mungkin dibeli
    baik teman macam sekarang
    siapa tak betul kena penerajang
    sumpah teman tak nak jadi Acan Ali...

    Jawan yob...

    ReplyDelete