Thursday, December 31, 2009

Takziah...

Guru Besar Sekolah Keb. Taman Bukit Indah, Puan Syaridah Bt. Mohd. Jarwis telah kembali ke Rahmatullah pada kira-kira pukul 12.30 malam tadi di HKL. Beliau diberitakan menghidapi sakit kanser.

Jenazah beliau akan disembahyangkan di Masjid Bukit Indah selapas solat Jumaat dan dikebumikan di Perkuburan Islam Taman Kosas.

Sementara itu Bekas Menteri Penerangan Malaysia, Tan Sri Mohamed Rahmat juga telah kembali ke Rahmatullah pagi ini di rumah beliau di Bukit Damansara.

Al-fatihah...

Tuesday, December 29, 2009

Fesyen Trojan Di Sini...

Ustaz Nazeri, Imam Masjid Kosas (Baru) telah membuka kedai gunting di Jalan Medan Bukit Indah 2...sederet dengan Balai Polis Taman Bukit Indah sejak 2 minggu yang lalu.

Sempena pembukaan sekolah sessi 2010 ini, Kedai Gunting Al-Munir menawarkan harga promosi bagi sebarang fesyen bagi semua lapisan umur. Jangan lepaskan peluang anda untuk mengubah rupa paras anda oleh salah
seorang tukang gunting Tiga Abdoel yang telah berhijrah ke Al-Munir.

Sama2 juga kita membantu sesama muslim...

Thursday, December 24, 2009

Khalid Cemerlang, Hj. Khasim Not Too Bad...

Seminggu yang lalu, teman melancarkan pungutan suara di blog utama kendalian teman, Kopitiam Bang Nan...

Keputusannya jelas menunjukkan rata2 pengundi amat berpuas hati dengan prestasi YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. Walaupun baru dalam arena politik tetapi gaya dan kesungguhannya mendapat pengiktirafan rakyat. 53% dari 230 orang pengundi menyatakan bahawa YAB Khalid cemerlang dan 36% baik.

Sementara YB Hj. Khasim pula... 66% mengiktiraf beliau sebagai YB yang cemerlang dan baik. Tidak jauh di hadapan ialah YB Zuraidah sebagai MP Ampang yang meraih 72% undian cemerlang dan baik.

Namun YB Dato' Hassan Ali agak ketinggalan. 46% pengundi memberi rating gagal dan gagal gila kepada beliau. Mungkin kontroversi yang diciptanya serta prestasi MAIS dan JAIS yang semakin merosot menarik populariti beliau ke bawah.

Wallahua'lam.

Friday, December 18, 2009

Wedding Of The Year...

Hari ni teman rasa bertuah sebab dipilih oleh YB Wan sebagai salah seorang saksi nikah puteri beliau yang selamat menjadi pengantin baru.

Bukan main bergaya lagi YB Wan dengan sekali lafaz telah berjaya menikahkan puteri beliau.

Majlis disempurnakan di Masjid Bukit Indah.

Selamat pengantin baru En. Fazreen dan Puan Nur Asyikin. Semoga kekal dan berbahagia hingga ke akhir hayat.

Di bawah ini adalah gambar2 sekitar majlis tersebut.



YB Wan sedang memberi kata dua kepada teman dan Pak Imam. "Sekali aje ya. Jangan banyak soal!!"


One for the album. Kalau jadi menteri jangan lupa teman...he he..

"Hmm...mana saksi nikah no 2 ni...kalau dalam askar dah kena dot dot dot ni...!!" YB Wan letih menunggu Major...



He he...hari ni aku jadi Raja..!!



Saksi no 2 yang berpeluh...pengantin rehat jer!!



Ustaz Ariff berkhutbah lagi...khutbah nikah.


Hai gelak sakan nampak...ngam betul dengan Pak Mertua ya??


Cuba teka apa Imam Ariff cakap tu?


Dengor baik2 yob. Jadi suami banyak tanggungjawabnya ya...

Tuesday, December 15, 2009

Masjid Bukit Indah, Ampang - 50 remaja sertai program Fuyyo!!

50 remaja sertai program Fuyyo!!


BUKIT INDAH- Sempena musim cuti sekolah, seramai 50 remaja sekitar Ampang menyertai Program Motivasi Friends, Unity, Enjoy, Explore (Fuyyo !!) yang berlangsung di Masjid Bukit Indah.

Eksekutif Pembangunan Remaja Dan Belia Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pusat, merangkap fasilator Program Motivasi Fuyyo !!, Mohd Hafiz Abdul Hamid, berkata, program julung kali ini melibatkan remaja berusia 13 hingga 17 tahun dengan tujuan mencapai objektif utama program.

“Objektif utama program adalah memantapkan matlamat remaja dan mencari identiti remaja. Di samping menerapkan nilai murni kepada remaja, program ini menerapkan rasa kepentingan iman dan taqwa dalam jiwa remaja, selain meningkatkan kesedaran terhadap masyarakat sekeliling,”

Tambahnya, fokus utama adalah mencari identiti diri remaja kerana pendapat beliau masalah sosial yang berlaku kini adalah kerana segelintir remaja masih mencari identiti diri, selain pengaruh keadaan sekeliling.

“Program sebegini, kesan positifnya adalah untuk jangka masa pendek, bagi mengekalkannya, program berterusan harus dilaksanakan disamping mendapat kerjasama pelbagai pihak,” katanya.

Menurutnya lagi program Fuyyo!! tersebut juga mendapat kerjasama ahli jawatankuasa Masjid Bukit Indah.

Pelbagai program menarik telah disusun oleh pihak penganjur, antaranya Xplore de Quran.

“Kami menyusun pelbagai aktiviti menarik secara ilmiah dan santai antaranya Xplore de Quran iaitu satu cara menarik minat golongan remaja mencintai al-Quran. Dalam program ini kami mengadakan aktviti kuiz yang mudah dari segi Matematik, Sains dan Sastera yang terkandung dalam al-Quran,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Muslimat Masjid Bukit Indah, Norakidah Awang Ahmad berkata, program yang mendapat kerjasama dari Kelab Remaja JIM itu merupakan kali pertama diadakan di Masjid Bukit Indah.

“Sebelum ini, ahli jawatankuasa masjid banyak menganjurkan program berbentuk motivasi dan sukan, namun sempena cuti sekolah ini, sedikit perbezaan telah dilakukan, di mana kami menjemput JIM bersama mengadakan Program Motivasi Fuyyo!!,” katanya.

“Saya berharap program motivasi sebegini diteruskan agar dapat membangunkan sahsiah dan kendiri remaja,” katanya.

Sunday, December 13, 2009

WARGA KOPITIAM DENGAN KARTUNIS PERAK DARUL KARTUN...

Malam tadi sebahagian warga Kopitiam Bang Nan menyerbu counter Zunar dan rakan2 yang sedang promote karya terbaru mereka, Perak Darul Kartun...Di bawah ini ialah gambar2 yang sempat dirakmkan.


Yeah...One for the album...



Labun Kulupsakah sedang sibuk menyain autograf peminat...




YB Pak Wan tidak ketinggalan. Itulah YB sebenar...di mana2 beliau ada.


Pak Usop jangan leka baca kartun. Nanti pintu masjid sapa nak bukak??



Jonos dan Zunar....


Pyan Habib menurunkan autograf...


Major dan MSY menunggu giliran...


Zunar dengan gayanya yang tersendiri...



MSY, Anasa dan Major gembira bersama kartunis...


Zunar melayan peminat...

LAWAN TETAP LAWAN...

Ini mungkin pengalaman sulong temanlah kot...he he..Majlis birthday ada tema. Lawan tetap lawan..

Begitulah alkisahnya majlis harijadi 2 orang anak Saudara Zainal Rashid...istimewa.

Ramai2 rakan2 yang dijemput dan meghadirkan diri. Makan sedap.

Istimewanya majlis ini bacaan doanya diketuai sendiri oleh Sdra. Zainal Rashid walaupun tok imam pun ada. Yalah...lebih barakahkan.

Lepas tu ada ucapan penaik semangat oleh Sdra. Zainal Rashid...he is very colourful...


Lawan tetap lawan...
Kalau..xxx.. jangan bicara tentang perjuangan...



Whatever it is...this is the true politician. He is colour blind...


Imam Zakipun ada...
OK bro...kalu ada makan2...jangan lupa jemput teman...Cheerio!!


Thursday, December 10, 2009

Mesti pergi yob!!

Pidato Khas 13 Disember: Antara Royalti dan Ihsan

ANTARA ROYALTI DAN IHSAN, SIAPA PENGKHIANAT BANGSA
Tarikh: 13 Disember 2009
Masa: 9 Malam
Tempat: Dewan serbaguna MPAJ AU5, Lembah Keramat Hulu Kelang
1 YB Dato' Husam Musa (Exco Kerajaan Kelantan)
2 YB Mohamed Azmin Ali (Naib Presiden keADILan & AP Gombak)
3 YB Dr Mohd Hatta Md Ramli (Bendahari Agong PAS Pusat)
4 YB Saari Sungib (ADUN Hulu Kelang)
5 YB Khalid Samad (AP Shah alam)


******************************
Oleh: Nazri Abdullah (HarakahDaily)

Satu majlis pidato khas berkaitan tuntutan royalti minyak Kelantan akan diadakan sebagai usaha berterusan mendesak kerajaan persekutuan mengembalikan hak rakyat negeri serambi Mekah itu.

Pidato rakyat bertajuk 'Antara Royalti dan Ihsan, Siapa Pengkhianat Bangsa' itu akan diadakan pada tarikh 13 Disember ini jam 9 malam bertempat di Dewan serbaguna MPAJ AU5, Lembah Keramat Hulu Kelang.

Ianya adalah inisiatif Pakatan Rakayat Gombak bagi menyemarakkan lagi kempen dan sebagai sokongan kepada kerajaan Kelantan untuk bersama-sama menutut rolti yang dinafikan kerajaan pusat.

Program tersebut bakal dibarisi individu penting berkaitan tuntutan royalti iaitu Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa bersama beberapa pemimpin pakatan lain.

Mereka termasuk Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli.

Program itu juga antara lain bagi memberi penjelasan dan perkembangan semasa usaha kerajaan Kelantan dan pakatan rakyat dalam tuntutan royalti tersebut.

Sehingga kini pelbagai usaha dilakukan kerajaan Kelantan dan pakatan rakyat bagi mendesak kerajaan pusat mengembalikan hak royalti kelantan dan bukanya sekadar wang ihsan.

Terbaru, Kelantan akan mengusahakannya melalui saluran undang undang setelah melihat jalan rundingan dengan pusat mememui jalan buntu.

Manakala ahli parlimen pakatan rakyat pula akan mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas kepada Dewan Rakyat bagi membincangkan perjanjian petroleum yang dimetrai oleh semua negeri pengeluar petroleum dengan pihak Petronas.

Selain itu, pelbagai pihak sama ada individu mahupun kumpulan sudah menyatakan sokongan untuk bersama Kelantan memperjuangkan hak rakyat negeri itu.

Ianya termasuk bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaliegh Hamzah yang mahu kerajaan tidak membelakangkan undang-undang dengan mematuhi dan menghormati kontrak perjanjian antara Kelantan dengan Petronas.

Bagi pihak penganjur program
-Pejabat YB Khalid Samad-

Wednesday, December 9, 2009

Bicara Bersama YB Wan


Transkrip penuh temuramah antara YB Wan dengan wartawan Bukit Indah Evening News (BIEN)

BIEN: YB pandai berbahasa Inggeris?

YB Wan: Saya OK, fluent English. Dulu, sewaktu saya di Paris, saya biasa baca One Night in Paris tapi sekarang ini, saya baca akhbar Harakah dan Sinar sahaja, rugi betullah.

BIEN: Saya diberitahu YB fasih dalam berjenis-jenis bahasa.

YB Wan: Saya fasih Bahasa Arab, Bahasa Urdu. Loghat Kelantan sikit-sikit.

BIEN: Boleh beritahu sedikit latar belakang YB?

YB Wan: Rumah saya sekarang di Okid. Insya’Allah dalam sebulan dua lagi saya akan berpindah ke Kosas. Saya asal dari Tumpat, Kelantan

Keluarga saya adalah keluarga guru agama dan juga puak tani, suka menanam pokok-pokok, buat kebun sendiri dan orang tua, bapa saya ini yang beri semangat, jangan bergantung rezeki pada orang lain.

Orang tua saya sendiri tanam kebun getah, ada kebun rambutan, kebun durian. Dia cukup marah kalau hanya bergantung pada sedekah. Sedekah tahu tak? Derma. Dia cukup marah.

Dia juga minat dengan berniaga. Dia minat dengan berkebun. Sampai sekarang pun, saya dekat dengan tani, petang-petang saya tanam pokok dulu.

Sekarang ini, pokok durian saya tanam, pokok kelapa saya tanam, pokok pisang saya tanam, semua boleh berbuah semua boleh makan. Tapi sekarang anak-anak saya buat kerja tu semua. Saya tak laratlah. Mana nak jaga kawasan dan nak layan rakan-rakan di kopitiam tu.?

BIEN: Masa muda YB Wan kerja apa?

YB Wan: Saya join navy dulu. Puaslah merantau ke seluruh dunia. Mana saya tak pergi masa dalam servis dulu? Monaco, Paris, New Zealand, Jepun, Korea…pendek kata puas saya berjalan. Banyak pengalaman saya timba. Kalau setakat budak-budak sekarang ni saya tak heran langsunglah.

Lama juga saya dalam servis dulu. Lebih 25 tahun

BIEN: Lepas keluar servis?

YB Wan: Oh lepas tu saya menceburkan diri dalam perniagaan. Mula-mula tu nak supply kapal selam kepada kerajaan Malaysia. Tapi faham2 sajalah ya. Bila Razak Baginda dan Altantuya masuk campur, saya dah hilang interest.

Lepas tu saya berniaga kedai makan di KLCC. Tapi biasalah KLCC…pantang nampak bisnes kita berjaya sikit, managementpun naikkan kadar sewa. Bayangkan dengan keluasan 100 kaki persegi saya kena bayar sewa RM15,000.00 sebulan. Tauke balakpun pengsan.

Saya beralih arah kepada bisnes operator kantin. Alhamdulillah saya kekal dengan bisnes tersebut.

BIEN: Bagaimana dengan keluarga YB Wan?

YB Wan: Adik-beradik 10 orang. Adik-beradik saya ramai.

Semasa remaja habiskan masa saya untuk belajar. Orang tua saya ini, di samping dia pergi berkebun, dia bawa saya pergi sama, pagi-pagi belajar buku dulu, belajar kitab dulu. Awal pagi dia kejut saya sembahyang subuh, baca Quran, terjemah Quran. Kemana pergi pun dia bawa saya bukan untuk buat kerja tapi untuk mengaji dengan dia.

Kerja sikit-sikit tapi belajar banyak, dia suruh saya hafal syair-syair dari Bahasa Arab bagi perkukuhkan Bahasa Arab dan saya ini sekarang sedang menikmati kesan yang ditinggalkan oleh orang tua saya iaitu dalam kepala saya banyak ingat ayat-ayat
Quran yang menyebabkan dalam ucapan-ucapan saya selalu selit dengan pantun-pantun Bahasa Arab, ayat-ayat Quran dan hadith-hadith.

BIEN: YB rasa tunjuk-ajar sedemikian tidak lagi dilakukan oleh ibu-bapa?

YB Wan: Betul. Ibu-bapa dulu mementingkan akhlak anak-anak. Cukup jaga akhlak anak-anak. Ibu-bapa sekarang umumnya turut arus. Kalau kerajaan suruh belajar, belajar. Kalau kerajaan suruh tinggi akademik, tinggi akademik. Akhlak hampir tidak
dipedulikan langsung. Ini sungguh mendukacitakan.

Hasilnya, sekarang ini kita dapat lihat, anak-anak, belia-belia yang 20 tahun dahulu tidak dipedulikan akhlak dalam sukatan pelajaran dan 20 tahun orang Melayu sudah mengenepikan tulisan Jawi, sekarang kita sudah boleh tengok, anak-anak sudah tidak boleh baca kitab agama, tidak boleh baca Quran.

Dan sekarang ini sudah menjadi bebanan keatas kerajaan membelanjakan wang begitu banyak untuk jaga belia-belia yang sudah (ketagih) dadah dan sebagainya kerana agama mengajar kita bahawa semua gerak geri kita di muka dunia ini, kesannya dapat dilihat pada hari akhirat nanti, the last day. Tekanan dari pelajaran ini dulu kuat. Sekarang tekanan itu sudah tidak ada.

BIEN: Apakah yang mendorong YB Wan untuk berkecimpung dalam politik?

YB Wan: Puncanya begini. Bila saya pencen TLDM pada tahun 1995, saya menjadi peniaga. Tahun 1998 ini, keganasan Parti UMNO terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim amat mendukacitaka. Semua orang yang menentang kerajaan habis ditangkap.

Kerja ini bercanggah sekali-kali dengan Islam. Ia tidak pernah berunding dengan orang ini, tidak pernah ajak muzakarah.Tangkap, siksa dan sumbat dalam penjara, sebahagiannya dalam ISA terus.

Ramai ahli politik pembangkang kena ISA di Kemunting. Saya perhati ini perbuatan tak betul. Saya tak kata apa, Cuma ucapan-ucapan saya pada tiap-tiap malam, cara Islam.

Masyarakat bila dia dengar, anggap saya ini orang PAS kerana ucapan saya, kata mereka, mirip dengan PAS. Saya tidak menjadi orang PAS tapi penonton dengar dan kata "Dia ni orang PAS." Bila berlaku kematian seorang wakil rakyat, wakil parlimen
Bukit Indah. Bila mati hamba Allah ini, tahu-tahu saya dipilih menjadi calun.

Saya tengah berniaga di KLCC datang wakil penduduk Bukit Indah, Mee Panjang kata "Pak Wa, Dato’ Hassan minta Pak Wan pergi ke rumah dia sekarang."

Saya kata "Pasal apa?" "Entahlah" kata dia, "Orang ramai tengah tunggu Pak Wan."

Saya pun berhenti daripada berniaga , terus pergi kerumah Dato; Hassan,tahu-tahu, ahli jawatankuasa agung PAS datang dan mesyuarat sini, memilih calun baru untuk mengganti Allahyarham wakil rakyat yang mati itu.

Jadi Dato’ Hassan kata, "Pak Wan, kami buat keputusan supaya Pak Wan menjadi calun."

Mulai daripada situlah, saya menjadi orang PAS. Jadi ahli PAS tiga hari sebelum daripada menjadi calun, tahun 1998. Kalau tak silap saya bulan sepuluh (Oktober). Mulai dari situlah saya menjadi orang PAS dan berkempen menjadi calun dan saya menang.

Mulai dari situlah sampai hari ini saya tak berhenti-henti jadi wakil rakyat, apa boleh buat, nasib saya. Itu cerita saya, bukan saya masuk PAS tapi dimasukkan saya dalam PAS dan saya setuju.

BIEN: Sebab?

YB Wan: Saya setuju sebab PAS memperjuangkan Islam. Islam ini menjadi agama yang dibawa oleh nabi-nabi. Sejak daripada Nabi Muhammad naik ke Nabi Isa, naik ke Nabi Musa terus. Semua nabi-nabi bawa Islam.

Kita sebagai orang Islam, Melayu baik Cina baik India baik mana-manapun, mesti jaga Islam. Melayu tak payah dijaga kerana Melayu ini, jaga pun Melayu, tak jaga pun Melayu.

Bangsa Melayu serupa juga bangsa Cina, orang jaga bangsa ini tak betul. Kita jaga benda yang boleh jadi hilang, barulah kita perlu jaga.

Bangsa Melayu, dia tidak akan hilang. Bangsa Cina pun dia tidak akan hilang. Bangsa eskimo, bangsa asli pun dia tidak akan hilang. Perlu apa kita jaga?

Yang jaga ini ialah benda yang boleh jadi hilang. Islam ini boleh jadi hilang. (agama) Kristian boleh jadi h! ilang, (agama) Yahudi boleh jadi hilang. Hak ini yang kita kena jaga.

Bila jaga Islam, Melayu juga terjaga sama, Cina juga terjaga sama, India juga terjaga sama kerana Islam mengajar bahawa Melayu, Cina, India, seluruh manusia dunia ini hanya daripada seorang bapa. Bapa orang Melayu Adam, bapa orang Cina juga Adam, bapa orang Inggeris juga Adam. Jadi ia (Islam) satu ajaran yang cukup baik, ajaran yang penuh dengan perpaduan.

Bila bapa kita satu, ibu kita pun satu, ertinya kita ini adik-beradik. Cumanya dua pupu, seribu pupu, sepuluh ribu pupu tapi darah manusia semuanya satu dari Adam waalaisalam.

Satu ajaran yang cukup penuh dengan keamanan, dan kesaudaraan. Melayu walau bagaimana miskinpun Melayu, bagaimana kuruspun Melayu. Cina juga, kurus pun Cina, gemuk pun Cina, kecil pun Cina, tua pun Cina, tak perlu dijaga. Bangsa tak perlu dijaga.

(kita sambung bahagian kedua bila YB Pak Wan free)
-Transkrip asal ialah temuramah The Star dengan TGNA dengan sedikit pindaan. Ini semua gara2 YB Wan memang peminat setia TGNA. Kalau Alif kata TGNA Alif lah kata YB Wan. Kalau Ba...ba lah..