Friday, February 5, 2010

WACANA MURTAD DAN ISU KALIMAH ALLAH..

MALAM INI 5.2.10 (9.15 MALAM) AKAN BERLANGSUNG WACANA MURTAD DAN ISU KALIMAH ALLAH DI DEWAN AL-RIDWAN (MARKAS PAS) TAMAN DAGANG.

AHLI PANELNYA IALAH:

1. UST. RIDHUAN MOHD. NOR

2. DR. ZUHDI MARZUKI.

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Thursday, February 4, 2010

DIALOG BERSAMA YB KHASIM..

Satu majlis dialog sambil minum pagi akan diadakan di Dewan Orang Ramai Taman Rasmi Jaya. Mengikut kata Izzudin, majlis akan bermula pada kira2 pukul 8.00 pagi.

Dialog ini ialah antara YB Khasim kita dengan para penduduk taman tersebut.

Orang Bukit Indah kalu nak tumpang semangkok...ok kot??

Selamat Berdialog. Ingat pesan Pak Hamka, "SUASANA MAHUPUN BICARA BISA SAJA HANGAT, TETAPI KEPALA MESTI DINGIN!""

DUN Lembah Jaya

Ahlan Wa Sahlan YB...

Lawatan Ke Pasar Malam - Kaedah Lawatan Untuk Segenap Lapisan MasyarakatBukit Indah, 29 Januari 2010 - "Wakil Rakyat mesti kena jumpa rakyat", kata YB Tuan Haji Khasim Abdul Aziz ketika melakukan kunjungan sambil ke Pasar Malam Taman Bukit Indah kira-kira jam 6:30ptg ini. Pasar malam ini beroperasi pada setiap hari Jumaat bermula petang hingga jam 10:00mlm.

Hampir semua gerai disinggahi oleh YB sambil menghulurkan sedikit pemberian berbentuk kalendar DUN dan risalah dakwah yang diterbitkan oleh Dewan Pemuda Kawasan. Kaedah lawatan ke pasar malam ini amat penting kerana semua lapisan masyarakat mengunjunginya.

Antara yang menyertai program lawatan ini ialah Ahli Majlis MPAJ Tuan Haji Ali Ismail, Pimpinan PAS peringkat Cawangan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

Program berakhir pada waktu Maghrib. YB dan rombongan terus ke Surau Taman Ampang Indah untuk menunaikan Solat Maghrib berjemaah. ~ AQ