Friday, November 12, 2010

AWAS...!! AMARAN TSUNAMI.....

2 tiga hari ni aku terima mesej dari Zainal Rashid. Bukan 1...aku agak dah lebih dari 3. Semuanya kisah perlawanan persahabatan badminton antara team Bukit Indah yang dipimpin oleh beliau dengan MNM, syarikat kepunyaan Dato' Nazir.

Nampak bersungguh2 bebeno si Zainal. Khabornya pasal dicabar dan diungkit kisah2 silam di mana Zainal dan teamnya kena belasah dek team Dato' Nazir...hmm..oleh Dato' Nazir sendiri.

Khabornya juga, Misbun Sidek terpaksa menangguhkan penerbangannya ke Beijing kerana dipaksa oleh Zainal memberi tips untuk memastikan pisang tak berbuah 5 kali...he he..



Hari ini adalah hari yang dinanti2. Di Kelab Darul Ehsan telah berlangsung pertarungan sengit antara dua musuh tradisi ini. Pagi2 lagi Zainal telah mengejutkan mimpi aku dengan smsnya...

"Yob...ingat pagi ni Dato' Nazir bakal jadi lauk aku..!!" He he


4-3 keputusan akhir. Team Zainal muncul sebagai pemenang. Dato' Nazir sendiri telah berjaya dijadikan lauk dalam pertarungan 3 set.

"Yob...aku dengor Dato' Nazir nak pindah tempat lain sebab dah jadi lauk. Untunglah tempat dia pindah tu...dapat masjid baru!!" Gelak sakan Zainal...

Tetapi yang lebih membimbangkan aku adalah peristiwa yang bakal terjadi ni....

Khabornya, ekoran dari pertandingan ini akan berlaku banyak gempa bumi di seluruh dunia. Gunung Merapipun khabornya akan memuntahkan larvanya dengan lebih banyak.
Disusuli pula dengan Tsunami...Isyk ngerinya.


Hmm...ini semua gara2 pukulan2 smash dan terjahan para pemain dari team Zainal sendiri. Yang paling kurus adalah seperti gambar di atas. Kesannya bukan sekarang tetapi...hari2 mendatang. Harap2 Kedah dan Perlis tidak terkena tempias Tsunami ini.

Nasib baik aku tak main...he he!!



Teori Tukar Tiub... punca gempa bumi (gambar di atas) di Chile benar2 menjadi kenyataan.....

Cheerio!!