Monday, January 4, 2010

Lu fikir sendirilah bro...

Zainal Rashid...bro yang sinonim dengan motto...Lawan tetap lawan tu tak semena2 sms teman satu mesej yang dia antor pada YB Khasim dan YB Zuraidah....marah bebeno nampaknya.

Di bawah ni teman siarkan sepenuhnya tanpa potong2...

"Didoakan moga YB Khoshim (Lembah Jaya) & YB Zuraidah (Ampang) sentiasa dlm rahmat dan lindungan Allah SWT."

"Saya sebagai salah seorang rakyat yg menetap di Tmn Bukit Indah, Ampang ingin menyatakan rasa amat terkilan dan kecewa melihatkan keadaan jalan-jalan sekitar Tmn Bkt Indah ini yg masih belum dpt diperbaiki sehingga kini, atas apa jua alasanyg diberikan, keadaan yang sebegini rupa tidak perlu penjelasan lg malahan apa yang diinginkan ialah tindakan dasar pihak YB sendiri."

"YB, ita tidak perlu kpd JKuasa sedia ada memandangkan mrk ini banyak bercakap isu remeh tanpa adanya tindakan. Kalau benar kita ni ada JKKK atau zon dan entah apa jadah lg, keadaan jalan sekeliling Bkt indah ni sudah pasti dh dibaiki. Ini tidak, lgsung idak dierbaiki dan dibiarkan begitu sahaja."

"Takpelah YB, mgkin YB masih berseronok dgn kejayaan memenangi kerusi Lembah Jaya atau mgkin masih dibuai mimpi dgn laporan pegawai-peawai YB yg bg saya an seluruh masyarakat Bukit Indah bukan sekadar tidak beradap malahan lgsung tidak berfungsi membantu rakyat Bkt Indah ini."

"Jadi saya dan masyarakat Bkt Indah Ampang sekali lagi memberikan peluang utk melihat perubahan jln jln sekitar Bkt Indah ini diperbaiki dlm tempoh satu bula bermula dr tarikh msg ini diberikan. Dan lagi, jln di hadapan surau Resmi Jaya telahpun berlubang semula wlpun baru ditarkan 2 bulan lalu."

"Mohon YB Shaari, YB Azmin dan YB Yaakop dpt membantu perkara ini."

Dari segi KPI, maaf YB dot dot dot bla bla bla saya tidak puashati bla bla bla...(aduh penat aku menaip yob)...bla la...

Zainal rashid Zakaria
Pengerusi JKuasa Bertindak
Penduduk
Tmn Bukit Indah
Ampang, Selangor DE
Sk: Timbalan nazir Masjid Bukit Indah
Imam 1, MBI
Fail sekretariat Penduduk
YB YB

Begitulah alkisah panjangnya leter Bro Zainal Rashid.

Cuma komen teman sikit aje....Lu Fikirlah Sendiri. Kadang2 org yang kawan dengan orang besor2 ni kita cakap baik2 dia tak nak dengor....

Bila kita tegur cara kawan2...kita disindir2nya....blogger itu blogger inilah. La ni jawablah sendiri.

1 comment:

  1. Saya juga duduk Bukit Indah. Memang betul lah jalan kat Bukit Indah ni teruk benor, lepas sebulan-dua PR menang pilihanraya dah nampak dah. Mula2 tu ingatkan sabotaj dari MPAJ, atau mungkin juga dalam proses mencari panel2 kontarktor yg baru menggantikan kroni UMNO dan BN. Tapi ni dah dekat dua tahun makin teruk ada la. Rakyat tengok woi.

    Saya juga pelik benor la pasal lubang depan surau taman rasmi tu yg kat selekoh tu. Dulu saya ingat pasai kontarktor umno ni saja buat jalan yg rosak cepat, supaya boleh buat repair banyak kali dan tipu duit rakyat. Tapi sekarang ni apa sebenar masaalahnya. Cari aje lah yg betul2 boleh buat kerja. Saya saspek ini kes kroni juge lah.

    Kalau nak kira kes jalan ni kat ampang ni saja mmg teruk la sekarang bawah PR dari dulu bawah BN. Tapi kalau nak bg excuse ini sebab kerajaan pusat tak bagi duit kat Sngor maka itu boleh berjimat sikit, ok lah org mcm sy yg peka politik ni mmg paham, tapi rakyat biasa yg gitu2 je pasal game politik ni mmg tak tau. nampak gayanya bnyk le undi org umno yg ke PR tu kembali balik ke sebelah sana, atau kalau tak pun deme tak keluar ngundi.

    Tp yb khasim lembah jaya ni ada jugak ampunnya, kurang2 dia memang sempoi dan mesra rakyat, masih lagi tak ada "air" kata orang putih. Masih humble, tapi pengundi-pengundi biasa bukannya tau pun. Lagipun mungkin orang jajahan DUN lembah jaya ni takde la demanding sangat. tapi yg saya dok tak puas hati sangat ni azmin dgn zuraida la. tgk ampang point tu. Sebelah ampang point lorong kecik antara ampang point dgn cimb tu sampahnya masyaAllah, busuk nak mampus. apa kes tu? apa sibuk sana-sini tapi benda kecik mcm tu pun tk tau jaga. mana org2 kiri kanan dua2 yb ni? takkan takde satu pun yg duduk ampang?

    Senang cerita, tak selera betul la dgn semua skrg ni. Sudahlah dekat nasional kelam kabut, ini kerja kat bawah dgn rakyat pun hancus.

    Tapi tengok sebelah sana, Mail Kijo, Azman Wahid, budak puteri adik pelakon blue tu, mat Aris segala, mak oii, lagile berbulu.

    Abih nampak gayanya pilihanraya depan saya nak tukar alamat IC le, cari mana2 tempat yg dun dgn parlimen nya yg ok. Sapa nak bagi cadangan?

    ReplyDelete