Hampir semua gerai disinggahi oleh YB sambil menghulurkan sedikit pemberian berbentuk kalendar DUN dan risalah dakwah yang diterbitkan oleh Dewan Pemuda Kawasan. Kaedah lawatan ke pasar malam ini amat penting kerana semua lapisan masyarakat mengunjunginya.
Antara yang menyertai program lawatan ini ialah Ahli Majlis MPAJ Tuan Haji Ali Ismail, Pimpinan PAS peringkat Cawangan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.
Program berakhir pada waktu Maghrib. YB dan rombongan terus ke Surau Taman Ampang Indah untuk menunaikan Solat Maghrib berjemaah. ~ AQ
No comments:
Post a Comment