Thursday, April 22, 2010

Bapak tauke San Miguel berkempen di Hulu Selangor..ick ick...

Bapa kepada tauke syarikat arak San Miguel Corp hari ini khabonye akan turun berkempen di Hulu Selangor.

Harap2 adalah reporter yang akan bertanya kepada beliau pasal isu2 arak ni...ish ish...Nak harap KJ dengan Hishamuddin dah tak boleh jawab dah...Nazri jangan ceritalah. he he...

HULU SELANGOR, 22 April — Bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang minggu lalu berkata tidak akan turut berkempen dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor dipercayai mengubah fikiran untuk membantu calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan.

“Ya, Tun akan hadir berkempen di bilik gerakan BN di Serendah, malam ini pukul 8.30 malam,” kata jurucakap bilik gerakan itu ketika dihubungi hari ini.

Pesanan SMS bilik media BN juga memaklumkan jadual kempen bekas pengerusi BN itu malam ini.

Pada 16 April lalu, Dr. Mahathir berkata beliau tidak akan turut serta dalam kempen pilihan raya di Hulu Selangor walaupun namanya sering ditimbulkan dalam ceramah oleh kedua-dua pihak yang bertanding.

“Saya tidak akan pergi berkempen, tapi jika ada pihak yang hendak gunakan nama saya untuk menang atau kalah pada pilihan raya kecil nanti, itu terserah kepada mereka, saya tak kisah,” katanya.

Dr. Mahathir pernah berkempen untuk calon BN pada pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang diadakan pada hari yang sama April 2009.

Kedua-dua kerusi itu dimenangi calon Pakatan Rakyat.

Pengundian berlangsung Ahad ini.

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR pada 25 Mac lepas kerana barah otak.

Allahyarham menewaskan calon BN Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi pada pilihan raya umum 2008. Allahyarham memperoleh 23,177 undi manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, mendapat 22,979 undi.

No comments:

Post a Comment