Saturday, July 31, 2010

KEGIATAN SEKITAR TAMAN BUKIT INDAH DAN TAMAN KOSAS....

Sempena kehadiran Ramadhan Al-Mubarak yang dijangkakn jatuh pada 11hb. Ogos akan datang, masijid-masjid dan surat di sekitar Taman Bukit Indah dan Taman Kosas akan menganjurkan berbagai program.

Pada hari esok (1hb. Ogos, 2010) @ Ahad aktiviti2 berikut Insya'Allah akan dijalankan:
1. MASJID BUKIT INDAH

Program gotong royong untuk membersihkan masjid dan sekitarnya akan dimulakan seawal 8.00 pagi. Semua kariah masjid dialu-alukan untuk turut serta.
Koordinator program ini ialah Tuan Hj. Ghazali Mohd. Nor yang juga Pengerusi Lajnah Kemasyarakatan MBI.

Pihak JKP Zon 11 (MPAJ) telah bersetuju untuk menyediakan RORO dan pekerja untuk sama-sama melaksanakan program tersebut.

Ahli kariah diminta untuk membawa peralatan masing-masing.

Jamuan ringan akan disediakan.

2. MASJID TAMAN KOSAS (MASJID BARU)

Masjid ini akan menganjurkan Forum Perdana yang bertajuk DI AMBANG RAMADAN.
Majlis dijadualkan berlangsung selepas solat maghrib dan ahli panelnya ialah:

1. Ust. Dr. Roslan Mohamad

2. Ust. Haryanto Rizal

3. Ust. Raihan Aziz (Moderator)

JAMUAN RAKYAT akan diadakan selepas program forum tersebut di mana khabarnya seekor lembu bakal tumbang esok.

Nazir Masjid, Tuan Hj. Ahmad Bin Disa menjemput muslimin dan muslimat semua untuk hadir.
3. SURAU AT-TARBIYYAH (FASA 1)

Tuan Syed Salim Syed Abu Bakar, pengerusi surau ini menjemput semua anak kariah surau untuk sama-sama datang membersihkan Surau At-Tarbiyyah.

Selepas membersihkan Masjid Bukit Indah, ada baiknya ramai-ramai kita ke At-Tarbiyyah untuk membantu Tuan Syed dan pasukannya.
(Gambar sekodor hiasan - seronok sembahyang di At-Tarbiyyah...lena dalam aircon)






No comments:

Post a Comment