Tuesday, August 3, 2010

PROGRAM MENJELANG RAMADHAN PAS CAW. BUKIT INDAH...

1. Pada 8hb. Ogos, 2010 (Ahad) akan datang ini, PAS Ampang dengan kerjasama PAS Caw. Bukit Indah akan mengadakan Program Pendemokrasian Rakyat di Taman Bukit Indah, Ampang.

Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengahari

Tempat : Rose Apartment (berhampiran Surau At-Tarbiyyah)

Objektif utama program ini ialah mengenalpasti pengundi-pengundi baru dan seterusnya mendaftarkan mereka dengan SPR.

Pondok pendaftaran akan disediakan di parking lot Rose Apartment.

Selain dari pendaftaran pemilih, petugas (ahli-ahli PAS Taman Bukit Indah) akan mengedarkan borang-borang dan risalah yang dibekalkan oleh Kerajaan Negeri seperti MES, TAWAS, Pendaftaran ibu tunggal, warga emas, HPIPT dan lain-lain.

Diharap semua warga PAS Cawangan Bukit Indah (termasuk Cawangan PAS Fasa 2 dan 3) dapat turun beramai-ramai untuk membantu.

2. PAS Cawangan Bukit Indah akan menganjurkan program sumbangan untuk fakir dan miskin di dalam taman ini dengan menyelaraskan sumbangan beras kepada mereka yang layak.

Tuan-tuan yang berkeupayaan dan ingin menginfakkan harta masing-masing bolehlah menyumbangkan sekurang2nya sekampit beras (yang distandardizekan) 5 kg (beras jati) dan dihantar terus ke Pejabat Hj. Ghani (sama seperti alamat yang tertera di blog ini) sebelum 10hb. Ogos, 2010.

Koordinator bagi projek ini ialah Tn. Hj. A. Ghani Bin Sulaiman (019-333 6652).

Majlis penyerahan akan dilakukan pada 14hb. Ogos, 2010 (Sabtu pertama Ramadhan). Tempat akan diberitahu kelak.

Sekian, harap maklum.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment